Sunday, August 8, 2010

hargailah apa yang kita ada...

pada suatu hari di dalam kelas, seorang murid bertanya kepada gurunya yang ketika itu sedang mengajar mengenai kasih sayang.

pelajar: cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang kita sayang? macam mana kasih sayang itu juga nak berkekalan?

cikgu:ok. kamu ikut apa yang cikgu suruh. kamu pergi ke padang. kamu berjalan sambil memandang rumput di depan kamu. kamu pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada satu rumput pun yang ditangannya. cikgu bertanya, kenapa tiada rumput pn yang dipilih?

pelajar: tadi masa saya berjalan memanglah ada rumput yang cantik tapi cikgu berpesan supaya petik lah rumput yang PALING cantik, maka saya teruslah berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lg. tapi sampai di penghujung pn saya tak jumpa yang paling cantik. mungkin ada diantara di belakang tadi ada yang paling cantik tapi cikgu dah cakap jangan menoleh ke belakang semula jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

cikgu: itulah jawapannya. maknanya apabila kita berjumpa orang yang kita sayang, jangan lah kita mencari yang lebih baik dari itu. kita patut hargai orang yang di depan kita sebaik baiknya. jangan lah kita menoleh ke belakang lagi kerana apa yang dah berlaku tetap telah berlaku. semoga tidak berulang lagi. dan ingatlah orang yang kita sayang itu yang paling cantik dan paling baik walaupun nak di ikutkan banyak lagi yg baik dan cantik sepeti rumput tadi..

No comments:

Post a Comment