Monday, June 27, 2011

bende yang aku nk buat sebelum aku kawen

Terbace kt blog hanis zalikha pasal 20 things to do before i get married. aku pn tetibe rase nk menulis jugak.. tp xde la smpai 20. 10 pn blom tentu tercapai.. hehehe..

1. blanje mama ngn abah gne duit sendiri.. (nih da settle. aku blanje diorg mkn pizza taw)
2. beli kete sendiri pastu bwk mama ngn abah jalan2..
3. ade saving at least rm10k.. ni kire duit emergency la..
4. kecikkan peha yang tak pernah berhenti membesar
5. blaja utk jd lebih feminin, blaja jahit, blaja masak.. manela tawu tetibe mak mentua suh buat gulai ikan patin. mati teman..
6. g melancong bukan dengan family. nk pegi jauh2..
7. cari calon suami.. ni kira main point la..

cukup la 7.. byk2 pn bukannye bole tercapai.. hahaha..

Wednesday, June 22, 2011

pesanan untuk diri sendiri

ingatlah..

semua orang berhak untuk merasa bahagia

cuma mungkin bahagia itu belum menjadi milik kita

dan kadang-kadang kita boleh memberikan cinta sejati kepada seseorang

tapi tak semestinya kita mendapat balasan cinta yang sama seperti apa yang diharapkan..

sebab itulah,

apabila kita kecewa

cubalah memujuk hati sendiri

kerana suatu hari, bahagia akan datang juga kepada kita..

Tuesday, June 21, 2011

untuk awak

awak..

dah lame saye cube utk bgtahu awak sesuatu

tapi saye takut

saye takut ia akan mengubah segala-galanya..


saye sayangkan awak..


ape reaksi awak bile saye luahkan?
ketawa berdekah? senyum sinis? atau hanya diam seribu bahasa?
benda ni berlaku secara tibe-tibe
saye cube menafikan
tapi saye tak mampu
saye tahu saye hidup dalam angan-angan saye untuk bersame dengan awak
sebab saye tak boleh terima hakikat..
saye tak mahu awak berubah setelah saye meluahkan segala-galanye..
saye gembira dengan keadaan sekarang,
kite bergurau senda,
tertawa bersama-sama..
indahnye dunia saye bile ade awak..
awak..

saye sanggup diam daripada saye terluka apabila awak memberikan jawapan negatif..

saye cube untuk melupakan awak

tapi saye tak mampu..

saye lemah..

maafkan saye sebab saye sangat sayangkan awak.





haluan

sepatu kita berbeza tetapi kita melalui jalan yang sama



bila tiba di simpang tiga


aku memilih selatan dan kau memilih utara



arah kita tidak sehala



akan tetapi kita melihat satu purnama



mentarinya masih bersinar biasa



sinarannya tetap hangat membara



membuatkan kita selalu terasa



bahawa kita tetap bersama



meski tak bertentang mata



atau mendengar bicara.

Tuesday, June 14, 2011

rerama

aku rerama kecil yang bertaruh dengan waktu

cuba untuk terbang tinggi namun masih tak bisa menggapai awan biru

namun setia menumpang di perdu

membawa cinta yang satu

untuk berkongsi denganmu..

aku membiarkan sayap kecilku berusaha terbang

adakala angin melintang

ribut menghalang

taufan menggoncang

aku jatuh di hamparan hijau luas terbentang

perihnya tak mampu dibilang

disaat cuba memandang

akal lah mendahului apa yang mendatang...

Monday, June 13, 2011

awak...



Dah 2 minggu awak tak contact saye kn..



awak sibuk..



saye tak nk ganggu awak sangat..



walaupun saye tahu ape sebenarnye yang terjadi..



saye anggap itu semua khayalan saye aje..



awak..



saye rindu awak sangat-sangat..



awak sentiase dihati saye



dan awak selalu bermain-main difikiran saye..



saye akan tunggu awak sampai bile-bile..



sebab awak dah janji untuk sehidup semati dengan saye..






Wednesday, June 8, 2011

cinta kita

cinta pertama kita patut diletakkan kepada Allah S.W.T dan agama kita..
ke dua ibu,
ke tiga ayah,
ke empat keluarga,
ke lima diri kita sendiri,
ke enam saudara mara,
ke tujuh sahabat handai,
ke lapan saudara se islam,
ke sembilan alam yang fana,
ke sepuluh kesemua hidupan di muka bumi ini..

Monday, June 6, 2011

cinta = tumor?

Apa itu tumor?




Ia adalah sel-sel tambahan yang tidak normal dan ia mengepit sel-sel normal. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu tumor benigna dan tumor malignant. Tumor benigna boleh membesar tetapi ia tidak berbahaya. Tumor malignant juga boleh membesar dan boleh merebak serta memusnahkan sel-sel yang lain. Ia juga dikenali sebagai kanser.






Apa itu cinta?




Ia adalah satu perasaan yang tidak normal dan ia mengelilingi diri manusia yang normal. ia juga terbahagi kepada dua jenis iaitu kemusnahan dan kebahagiaan. Cinta yang membawa kepada kemusnahan adalah hubungan yang membawa kesan negatif kepada kehidupan, sama ada satu atau kedua-dua belah pihak. Cinta yang membawa kepada kebahagiaan adalah hubungan yang membawa kesan positif dalam diri pasangan tersebut.








Apa kaitannya?




Cinta yang membawa kemusnahan ibarat sel kanser. ia akan memakan diri kita sendiri.. Sel-sel perasaan cemburu atau curiga akan membiak serta merebak dan ia akan memusnahkan diri. Jauhkanlah dari cinta seperti ini.