Monday, June 6, 2011

cinta = tumor?

Apa itu tumor?




Ia adalah sel-sel tambahan yang tidak normal dan ia mengepit sel-sel normal. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu tumor benigna dan tumor malignant. Tumor benigna boleh membesar tetapi ia tidak berbahaya. Tumor malignant juga boleh membesar dan boleh merebak serta memusnahkan sel-sel yang lain. Ia juga dikenali sebagai kanser.






Apa itu cinta?




Ia adalah satu perasaan yang tidak normal dan ia mengelilingi diri manusia yang normal. ia juga terbahagi kepada dua jenis iaitu kemusnahan dan kebahagiaan. Cinta yang membawa kepada kemusnahan adalah hubungan yang membawa kesan negatif kepada kehidupan, sama ada satu atau kedua-dua belah pihak. Cinta yang membawa kepada kebahagiaan adalah hubungan yang membawa kesan positif dalam diri pasangan tersebut.








Apa kaitannya?




Cinta yang membawa kemusnahan ibarat sel kanser. ia akan memakan diri kita sendiri.. Sel-sel perasaan cemburu atau curiga akan membiak serta merebak dan ia akan memusnahkan diri. Jauhkanlah dari cinta seperti ini.








No comments:

Post a Comment