Saturday, February 12, 2011

adakah ini cinta?

profil:
si gadis:- berasal dari keluarga yang agak senang dan mementingkan pendidikan serta kerjaya.
sang jejaka:- mempunyai paras rupa yang kacak, mempunyai diploma

seorang gadis, pada ketika itu berumur 16 tahun jatuh cinta kepada seorang akauntan yang juga bekerja di sebuah pejabat di bandar. dan apabila cinta si gadis itu mendapat respons yang baik, dia sangat gembira bagaikan dunia ini dia yang punya.

hari berganti hari, bulan berganti bulan. si gadis masih lagi setia di sisi sang jejaka walaupun dia telahpun menyambung pelajaran di sebuah institusi di pinggir bandar.
sang jejaka pula sibuk dengan futsal, gym dan perempuan. perempuan, perempuan dan perempuan.

si gadis, mengetahui tingkah laku sang jejaka kesayangannya tetapi tidak pernah peduli tentang itu. padanya, asalkan sang jejaka tetap mencintainya, itu sudah mencukupi. setiap malam si gadis akan menghubungi sang jejaka. dia akan bercerita tentang apa sahaja yang dilaluinya walaupun sang jejaka buat tidak endah.

tahun berganti tahun, sang jejaka telah mula berani meminta wang daripada si gadis. bermula dengan jumlah yang kecil sehinggalah wang pendahuluan kereta. gaji sebagai akauntan mungkin x mencukupi bagi dia untuk menyara hidupnya yang serba mewah. si gadis ini mungkin sangat menyayanginya sehingga sanggup memberi apa sahaja yang diminta.

tahun ini masuk tahun ke 5 mereka bersama. si gadis telahpun tamat pengajian dan bekerja di dalam bidang professional sedangkan sang jejaka ini masih di takuk yang sama dan masih lagi melakukan perkara yang sama. si gadis masih lagi mencintai sang jejaka, cinta pertama beliau.

1 comment:

  1. first love...siape y boleh lupekan...it's not that easy...kadang2 cinte boleh buat kite bute...tak pedulikan ape2...sadly but true...

    ReplyDelete