Thursday, October 27, 2011

love~

im not supposed to love you,

im not supposed to care,

im not supposed to live my life wishing you were here,

im not supposed to wonder where you are and what you're doing,

but i can't help it,

cause im in love with you.

Wednesday, October 12, 2011

don't quit

When things go wrong,
as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile,
but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest, if you must,
but don't you quit.
Life is queer with its twists and turns,

As every one of us sometimes learns,
And many a failure turns about,
When he might have won had he stuck it out;
Don't give up though the pace seems slow-- You may succeed with another blow.
Often the goal is nearer than,

It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor's cup,
And he learned too late when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.
Success is failure turned inside out-- The silver tint of the clouds of doubt,

And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far,
So stick to the fight when you're hardest hit
It's when things seem worst that you must not quit.

- Author unknown

Sunday, October 9, 2011

9 oktober 2011

9.10.11-
Susunan angka yang cantik,
moga menjadi hari yang baik.
aku akan selalu mgenang tiap angka yang nostalgik supaya ia mengimbau tiap detik,
sekali ia berlaku dalam hidup si pemilik,
fikirannya sukar berbalik.
Ada hari yang tenang dan hari yang tercarik,
tabah dan bermuhasabah dlm sejuta duka yg menitik.

Monday, October 3, 2011

entah.

aku sayang kau.

aku sanggup bersusah untuk kau.

aku cinta kau.

aku tahu yang kau tahu aku sayang kau.

tapi kau diam.

tiada respon.

tak mengapa.

aku mencuba selagi terdaya.

aku berusaha hingga berjaya.

Tuesday, September 27, 2011

jodoh~~

Jika dah jodoh,
kita lari jauh mana pun,
Allah tetap dekat-dekatkan.
Jika tiada jodoh,
walau kita kejar sungguh-sungguh pun,
tetap tidak akan bersatu..

Wednesday, September 21, 2011

beban yang tersimpan

terlampau banyak perasaan

juga emosi yang tertahan

buntu untuk memulakan

terlalu banyak mahu diperkatakan

segalanya hati kecil ini menyimpan..

cuba melepaskan keresahan

tanpa ada satu pengecualian

yang bersarang itu haruslah diterbangkan

agar hilang segala beban..



Monday, September 5, 2011

harapan~

kirim pada bayu, hembusnya tak tentu..




utus pada awan, terhapus dek hujan..




titip pada pelangi, x mungkin ia muncul setiap hari..




kepada kamu seolah berliku, tanpa arah tuju..




tiada penyataan, tanpa jawapan..




harapan selalu meninggalkan dilema di persimpangan..




hanya tulisan mampu dicoretkan..





Sunday, September 4, 2011

titisan air

hujan di pagi ini


turun memberi rezeki


di segenap pelusuk bumi


membawa aku jauh dari alam realiti


terus berhalusinasi


....


september ini


perkara tak di ingini


menerjah diri


air mata jatuh membasahi


hati kecil memujuk diri


yang berlalu biarkan ia pergi


jangan diungkap kenangan sepi


meskipun ia bernilai tinggi..


Tuesday, August 16, 2011

Doa ku..



Ya Allah ya tuhanku..

Jika benar dia jodohku

Kau tetapkanlah hati kami

dan Kau permudahkanlah segala rintangan yang mendatang

Jika dia bukannya untukku..

Kau jauhkanlah hati kami tanpa perasaan benci dan dengki

Serta perliharalah hati kami dari kekecewaan..

Sesungguhnya Kau maha mengetahui

Lagi maha mengasihani...

Monday, August 15, 2011

berderai

aku diam, bisu






aku kehilangan kata






aku tak mampu untuk berbicara






jikalau inilah dugaan yang aku harus hadapi






aku pasrah






aku juga harus tabah






meskipun lelah






mencantum hati yang punah






...






kamu bisa mengambil apa sahaja kepunyaanku






tetapi tolonglah






tinggalkan hati aku sendirian






kerna ia cukup rapuh






terlalu rapuh hinggakan perlu memegangnya dengan hemat






jangan biarkan ia jatuh pecah berderai






ianya sukar untuk dicantum kembali








dan aku tak mampu menangungnya






Monday, August 1, 2011

bukan shopping raya

ari sabtu lepas aku ngn akak aku berjalan kaki dari umah ke jaya jusco.. fuhh!! ponat jugak la.. ni sume disebabkn aku terbekenan gile kt kasut Sembonia nih..


comeikn...








ni di jadikan stori, bukan aku sorg je yg beli kasut nih.. akak aku pn beli kasut yg same, warna yg same but saiz yg berlainan..


:)


tp ini bukan kasut raye ye...

Friday, July 29, 2011

hati~

terkadang merasa ingin membawa diri
lari jauh dari dusta duniawi
terasa ingin menyendiri
di alam nan indah untuk berfantasi
sakit hati
umpat keji
caci maki
perlu ditelan dan ditatapi
qada' dan qadar dunia ini
cuba untuk berada di lapis langit tertinggi
namun tetap jatuh menyembah bumi


*amarah akan membawa padah. cubalah menjadi lebih tabah..

Thursday, July 21, 2011

perang.perasaan.



aku bisa menulis nukilan panjang



bisa mengilhamkan dondang sayang



namun sangat berat mengungkap rindu pada seseorang



tentang kebenaran yang terhalang



bak irama di hati berdendang



tapi tak bisa berkumandang..



ini tentang perasaan yang berperang



tanpa belati mahupun pedang



hanya manusia serta angan-angan yang terawang..

*maaf, berdiam diri lebih elok dari mengungkap rasa.. kerna takut kecewa dan terluka.

Sunday, July 17, 2011

sebab kenapa aku pernah terfikir untuk tidak berkahwin

KELUARGA



  • restu daripada keluarga rapat terutamanya mama, abah, abang, adik, kakak.. kadang2 mereka tak berkenan dengan pilihan hati kita. pada mereka, pilihan hati kita serba kekurangan yakni tak cukup syarat. watdeheck man!

  • makcik2 kiah, bedah, timah masuk campur... hate dis! please jgn msuk campur dlm urusan hidup org lain bole tak? tgk anak sendiri dlu bru tgk anak org lain. stop being a judge of a person life.

  • sikap para ibu yang kononnye supermom. moms, u guys are great but stop arranging ur children life. kami sume dah besar. bukan lupa jasa mak tp kami punyai hak untuk menentukan hidup kami serta pasangan kami sendiri. kami tetap sayang mak walaupun kami berkahwin dgn org yg kami sayangi.

  • ibubapa mahukan kehidupan yang terbaik untuk anak gadisnya. focus study dlu, jgn nk gatal2 kt U tu, diploma, ijazah, master, keje kne ade gaji besar, bla..bla..bla.. then bile masenye nk cri boyfren?

aku bukannya nk cri kesalahan parents tetapi ni la realiti kehidupan yang aku sendiri nampak..


macam macam ragam



situasi: di dalam kelas ceramah memandu






di hujung belakang sebelah kanan, seorg lelaki sdg menggentel rambut perempuan di sebelahnye.. mungkin tu awek die..



di hadapan kelas disebelah kanan, seorg lelaki separuh umur sibuk membelek buku memandu.. bgus betul pakcik ni...



di barisan tengah hadapan sekali, seorg wanita cun sedang baca novel.. shawl die cantik sangat..



betul-betul dihadapan aku, sepasang couple yg sibuk camwhoring menggunakan ipad.. ok. ko sorg je ade ipad..



dibarisan sebelah kiri bahagian belakang, sorg mamat ni asyik betulkn rambutnye ala-ala justin bieber. sgt geli ok...



yang paling menarik, 2 orang rusia sedang cuba memahami ape yg penceramah cakap.. kesian.. muke diorg nmpk blur sgt...



footnote: aku pulak asik menguap je.. serius boring gile ceramah tu!