Tuesday, September 27, 2011

jodoh~~

Jika dah jodoh,
kita lari jauh mana pun,
Allah tetap dekat-dekatkan.
Jika tiada jodoh,
walau kita kejar sungguh-sungguh pun,
tetap tidak akan bersatu..

Wednesday, September 21, 2011

beban yang tersimpan

terlampau banyak perasaan

juga emosi yang tertahan

buntu untuk memulakan

terlalu banyak mahu diperkatakan

segalanya hati kecil ini menyimpan..

cuba melepaskan keresahan

tanpa ada satu pengecualian

yang bersarang itu haruslah diterbangkan

agar hilang segala beban..



Monday, September 5, 2011

harapan~

kirim pada bayu, hembusnya tak tentu..




utus pada awan, terhapus dek hujan..




titip pada pelangi, x mungkin ia muncul setiap hari..




kepada kamu seolah berliku, tanpa arah tuju..




tiada penyataan, tanpa jawapan..




harapan selalu meninggalkan dilema di persimpangan..




hanya tulisan mampu dicoretkan..





Sunday, September 4, 2011

titisan air

hujan di pagi ini


turun memberi rezeki


di segenap pelusuk bumi


membawa aku jauh dari alam realiti


terus berhalusinasi


....


september ini


perkara tak di ingini


menerjah diri


air mata jatuh membasahi


hati kecil memujuk diri


yang berlalu biarkan ia pergi


jangan diungkap kenangan sepi


meskipun ia bernilai tinggi..