Thursday, October 17, 2013

cerita.

setiap kejadian itu bersebab atau berpunca..
bukannya mitos yang sengaja direka..
namun sebab bagi alasan itu tak pernah ada.
seperti orang yang jatuh cinta..
dari mata turun ke jiwa..
mungkin sebabnya ada..
alasannya terkadang tak menjelma.
itu adalah takdir yang kita perlu percaya...

Sunday, October 6, 2013

Buat kamu

Buat kamu,

Aku tidak cantik, tetapi jikalau itu yang tercantik buat kamu,
aku terima..
aku tidak baik, tetapi jikalau itu yang terbaik untuk kamu,
aku gembira..
aku tidak sempurna, tetapi jika itu yang terindah buat kamu,
aku bahagia..

Saturday, June 1, 2013

kemas

Jangan hilang waras
Tanpa usaha keras
Biar berlari deras
Mengejar dengan gegas
Memberi jangan tewas
Walau hanya pandang sekilas
Mohon tetap, jangan dilepas.
Ada rindu didalam bekas
Tertutup tidak terhias
Letaknya paling atas

Tersimpan kemas

Friday, May 31, 2013

Malam

Langit, itulah bumbung
masih lagi kosong
tanpa bintang untuk diteropong..

menyentuh detik tengah malam
dengan titipan tanpa kalam
justeru terkadang,
keajaiban akan datang menyampai salam
jangan berlalu tanpa ilham..

Thursday, February 14, 2013

Dia yang satu

kita minta, Dia tunaikan..
terima kasih Tuhanku..
terima kasih kerana jauhkan aku dari perkara yang buruk..
setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..
aku redha ya Allah yang maha mendengar dan maha mengasihani.

Thursday, January 17, 2013

senyum

kamu disebelah sana
kita jarang bersua muka
apatah lagi berbicara
senyuman gula hanya pengantara.

kamu disebelah sana
senyum kamu seperti suria
memancar menerangi gelita
yang mampu mengukir bahagia

kamu adalah pancaindera
melihat jiwa
memegang asmara
merasa sukma
memegang gelora
menghidu cinta.

*senyuman kamu mahal. jangan rosakkannya*

Monday, January 14, 2013

?

Pertanyaan;
Mengapa harus bersedih?
Jawapan;
Bila tidak lagi mampu memberikan semangat meski kita sangat berusaha tanpa letih.
Dan pada itu, kita bukanlah yang terpilih.

La Tahzan.

Wednesday, December 26, 2012

hati


Sewaktu hatiku tak berwaris,
aku wasiatkannya untuk kamu 
meski nilainya nipis,
sebentuk anggota yang tak terlihat
namun mudah terguris,
masih cekal memenuhi setia yang tak pernah habis,
terhias dengan limpahan cinta manis dan kemesraan yang terukis.
dengan tempoh yang tak terhakis,
dengan syarat tak terkikis.
satu nama yang tertulis,
berhak memiliki hingga hayatnya habis...




Sunday, December 16, 2012

Maaf

Pinta satu maaf untukku..
Mohon satu senyum untukku..
menampar nampar kebodohan diri
meski sering kali mengingati..
rasa jangan di kongsi.

Moga masih ada rongga dalam kehalusan jiwamu..
Atas maaf segala khilaf..
satu senyum untuk mengusir hukum..
sedang pada aku..
sangat banyak cinta buatmu..

Wednesday, October 31, 2012

kerna Dia yang merancang..


bila dia menjauh,
bila masa membina jarak,
dan jarak membina tembok.

jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia,
jangan lupa bahawa kita pernah meminta DIA menjauhkan dia, 
bila dia bukan untuk kita.

maka bila dia semakin jauh,
mungkin ini petunjuk dariNYA.
belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri,
belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada,
kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.

jangan pernah lupa,
semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redhaNYA.
maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencanaNYA,
maka, biarlah DIA menjarakkan dia dari kita.'

Tuesday, October 16, 2012

Him

sometimes Allah S.W.T takes everything from you so that you might turn to Him...
and sometimes Allah may places certain who let you down in your life to teach you that you should never depends on anyone but Him
Allah will never let you down..
Allah was there..
when i laughed and when i cried...
when i was at my highest and when i was at my lowest..





Wednesday, July 4, 2012

stay away from my life. please.

i have my own life.
i want to do everything that i want to do.
yup. everything.
please don't force me to do things that i hate.
i don't want to be like u.
u. spoiled brat.
u have money, boyfriend.
i have LIFE.


serabut.

biar sahaja larut didalam kabut..
rasa dihati jangan diturut,
saat serabut,
fikiran jadi kusut..
pertimbangan tak sama dengan yang disahut.
carilah damai jika kasih mahu disambut..
walaupun  duka melaut,
lebih tenang dalam mesra yang bertaut..

adakalanya kita tak perlu melutut jika hanya mahu jiwa melepas yang dipuput.
cukup bila ada sayang untuk kekal bahagia tanpa lebihan menuntut.

Wednesday, June 20, 2012

kaki

ketika siang harus berjalan tanpa matahari,
malam tanpa bintang menyinari,
dinihari tanpa embun membasahi,
kita tetap berjalan kerna kehidupan itu umpama kaki,
kita hayun dan melalui.
dimana tempat kita berpijak, 
itulah yang kita injak.
dimana saja kita menjejak, 
disitulah tempat diorak.
jangan berharap banyak,
hati kan jadi sesak,
apatah lagi jika ditolak,
sedangkan kaki tak mahu berganjak.
cubalah berjalan terus,
tanpa digerak.

Friday, June 8, 2012

anugerah...

Berbaloi dengan penat jerih yang dilalui..
Alhamdulillah..